Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 6:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar-kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat hasil campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Hasilnya lebih dalam sistem konvensional susut kepada RM19.032 bilion berbanding RM25.736 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, angkanya berkurangan kepada RM2.905 bilion berbanding RM4.673 bilion.

Pada sebelah pagi, BNM melaksanakan tender melibatkan satu lelongan matang, dua repo dan empat Al-Wadiah.

Bank pusat juga menjalankan satu tender pasaran wang konvensional melibatkan RM19 bilion dan tender pasaran wang Al-Wadiah RM2.9 bilion, kedua-duanya wang tiga hari.

Kadar semalaman disandarkan pada 2.94 peratus manakala kadar-kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.09 peratus.
Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan