Malaysia Pengeksport Utama Asean Ke Jerman Pada 2013

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

FRANKFURT: Malaysia menjadi negara pengeksport utama Asean ke Jerman pada 2013.

Import Jerman dari Malaysia meningkat 4.2 peratus, berbanding dari Singapura dan Indonesia yang susut sebagaimana dicatatkan dalam data terkini Majlis Perniagaan Asia Pasifik Jerman (OAV) yang berpangkalan di Hamburg.

Menurut data OAV, yang berdasarkan kepada perangkaan dikumpul oleh Biro Perangkaan Jerman Persekutuan, eksport Malaysia ke negara itu pada tahun lepas berjumlah 5.649 bilion euro, naik 4.2 peratus berbanding 5.420 bilion euro pada 2012.

Sebaliknya, import Malaysia dari Jerman pada 2013 berkurangan kepada 4.809 bilion euro, turun 3.0 peratus daripada 4.958 bilion euro sebelumnya.

Sementara itu, jumlah eksport Asean ke Jerman pada 2013 berjumlah 27.162 bilion euro, naik 1.4 peratus daripada 26,789 bilion euro pada 2012.

Gabungan import Asean dari Jerman pada 2013 pada 22.074 bilion euro, susut 3.0 peratus daripada 22.746 bilion euro pada tahun sebelumnya.

Dua rakan dagang terbesar Jerman di Asia ialah China dan Jepun.


Tags / Kata Kunci: Malaysia , Jerman

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan