suria

redONE Menang Anugerah Pengendali Maya

PETALING JAYA: redONE Network Sdn Bhd, Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pasca bayar tunggal negara, memenangi anugerah Penyedia Perkhidmatan MVNO Tahunan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2014.

Anugerah tahunan Frost & Sullivan Malaysia itu mengiktiraf syarikat yang mencapai kejayaan cemerlang dengan prestasi terbaik.

Anugerah itu menandakan kejayaan pertama redONE yang sebelum ini di bawah kumpulan Redtone, yang melalui perubahan besar sejak pemegang saham dan pengurusan baharu dilantik pada Februari 2012, dan penjenamaan semula korporatnya kepada redOne pada Januari 2013.

Ketua Pegawai Jualan redOne Ben Teh memberitahu Bernama bahawa syarikat amat bangga tetapi turut berasa rendah diri diberikan anugerah itu kerana ia adalah bukti kepada usaha semua warga kerja sejak syarikat diambil alih.

"Bermula dengan hanya lapan pekerja, kami kini mempunyai lebih 100 pekerja dan enam pejabat serantau di seluruh negara. Rangkaian pengedaran kami kini mempunyai lebih 1,000 pusat dengan asas pelanggan semasa lebih daripada 200,000," katanya.

Teh juga melahirkan penghargaan kepada penyedia utama rangkaian redOne, Celcom Axiata.

Pemilihan redONE sebagai Penyedia Perkhidmatan MVNO Tahunan adalah berdasarkan jumlah pelanggan dan pertumbuhan hasil, perkongsian pasaran, putara hasil setiap pengguna dan strategi pemasaran dan salurannya yang unik.

Penganalisis Kanan Industri, ICT-Telecom Practice Frost & Sullivan, Avinash Sachdeva berkata redONE adalah satu-satunya MVNO di negara ini yang menawarkan pelan komitmen pasca bayar terendah di Malaysia.

Syarikat itu menambah kira-kira 100,000 pelanggan pada 2013 dan pertumbuhan hasilnya lebih 300 peratus.


redONE, MVNO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain