Perodua Viva Dianugerahkan 'Kenderaan Nilai Terbaik Untuk Wang'

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 11:44 PM

Perodua Viva

Perodua Viva.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua Viva menerima anugerah "Kenderaan Nilai Terbaik Untuk Wang (1.3L dan ke bawah)" bagi tahun ketujuh di Majlis Anugerah Frost & Sullivan Malaysia di sini malam Rabu.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Viva membuktikan komitmen syarikat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia pemilikan kereta yang paling mampu milik. 

"Anugerah ini mencerminkan objektif utama kami untuk menghasilkan kenderaan mampu milik tetapi berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian dengan model-model baharu kami," katanya dalam satu kenyataan.

Perodua Viva adalah kenderaan paling mampu milik dalam pasaran dengan harga Viva Basic bermula daripada RM24,936 ke atas.

Model Viva merupakan satu daripada model jualan paling laris di negara ini dan telah terjual kira-kira 419,000 unit sejak ia dilancarkan pada 2007.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan