suria

Maips jangka Kutip Zakat RM120 Juta

KANGAR: Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) menjangka kutipan zakatnya bertambah RM5 juta tahun ini kepada RM120 juta berbanding RM115 juta tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Malik Hussin berkata sebahagian besar kutipan ialah daripada zakat perniagaan selain zakat simpanan, pendapatan dan zakat fitrah.

Dalam pada itu MAIPs akan memperhebat usaha meningkatkan kesedaran kewajipan berzakat dalam kalangan petani memandangkan pada tahun lepas hanya RM800,000 sahaja dikutip daripada golongan ini berbanding anggaran RM4 juta, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sementara itu beliau berkata setiap tahun MAIPs memperuntukkan RM5 juta untuk membantu golongan asnaf termasuk lebih 400 ketua keluarga yang diberi bantuan bulanan antara RM300 hingga RM600 bagi meringankan beban mereka.

Katanya MAIPs juga telah membina dan membaik pulih 725 rumah kumpulan asnaf yang layak di seluruh negeri pada tahun lepas dan untuk tahun ini sebanyak 735 buah rumah.

"Setiap asnaf yang memohon bantuan akan disiasat bagi memastikan hanya mereka yang layak dibantu kerana wang zakat yang dibayar kepada MAIPs adalah amanah umat Islam untuk ditunaikan baik mungkin," katanya.

MAIPs, Zakat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain