AirAsia Perkenal Tiga Laluan Antarabangsa Dari Johor

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaru dari habnya di Johor Baharu, menghubungkan wilayah selatan Semenanjung ke Yogyakarta dan Lombok di Indonesia, dan Ho Chi Minh City di Vietnam, bagi menyediakan lebih pilihan destinasi kepada penduduk Johor Baharu.

AirAsia, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pengenalan laluan antarabangsa itu bagi meningkatkan kemudahan serta penjimatan, kerana dengan penyambungan terus terkini itu, penumpang tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk ke destinasi-destinasi tersebut.

AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM0 (tidak termasuk surcaj bahan api, cukai lapangan terbang dan lain-lain fi bagi perjalanan sehala sahaja), dengan tempoh tempahan dari 15 hingga 20 April, 2014 bagi perjalanan dari 11 Julai hingga 30 April 2015 bagi laluan baharu itu.

Ketua Komersil AirAsia Spencer Lee berkata Johor Baharu merupakan satu daripada hab penting bagi syarikat dan berpotensi untuk pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa.

Tiga laluan terbaru AirAsia dari Johor Baharu menghubungkan Yogyakarta empat kali seminggu, Lombok tiga kali seminggu dan empat seminggu ke Ho Chi Minh City.


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Johor Baharu , Vietnam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan