suria

Penumpang Udara Meningkat Pada Mac Di Sebalik Insiden MH370 - MAHB

Penumpang di Bangunan Terminal Utama KLIA meningkat 19 peratus tahun ke tahun pada suku pertama kepada 6.5 juta penumpang, dengan perjanjian Penerbangan Malaysia-OneWorld menjadi penyumbang kepada pertumbuhan itu.

KUALA LUMPUR: Walaupun kadar pertumbuhan penumpang udara merosot menjelang 10 hari terakhir Mac berikutan peristiwa kehilangan Penerbangan MH370, momentum pertumbuhannya kekal positif, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Trafik penumpang berkembang 13 peratus pada Mac, menjadikan jumlah keseluruhan pertumbuhan tiga bulan pertama tahun ini mencapai 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata pengurus lapangan terbang itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Sejumlah 20.6 juta penumpang dalam tempoh satu suku sahaja, menggunakan 39 lapangan terbang yang dikendalikan MAHB di Malaysia, berikutan pertumbuhan meluas pelancongan domestik dan antarabangsa.

Penumpang antarabangsa meningkat 15 peratus tahun ke tahun manakala trafik domestik berkembang 22 peratus dalam tempoh suku pertama tahun ini.

"Jelas bahawa kedua-dua syarikat penerbangan asing serta pemberian lesen ketiga kepada Malindo Air, berjaya memberi perkhidmatan di kawasan yang belum diteroka sebelum ini,' kata MAHB.

Penumpang di Bangunan Terminal Utama KLIA meningkat 19 peratus tahun ke tahun pada suku pertama kepada 6.5 juta penumpang, dengan perjanjian Penerbangan Malaysia-OneWorld menjadi penyumbang kepada pertumbuhan itu. 

Penumpang di terminal penerbangan tambang rendah berkembang 13 peratus kepada 5.8 juta penumpang.

Artikel Lain