suria

HDC Metrai Perjanjian Dengan Kumamoto City

Bandar Kumamoto

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal n (HDC) pada Khamis menandatangani memorandum perjanjian dengan Kumamoto City Jepun dan A-Commerce untuk memajukan industri halal di kedua-dua negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan HDC pada hari terakhir Persidangan Halal Sedunia 2014 di sini hari ini, ketiga-tiga pihak dianggap sebagai rakan strategik, dengan jenama dan komponen halal akan diperkenal di pasaran Jepun, susulan pemeteraian perjanjian itu.

Kumamoto City ialah kerajaan tempatan di wilayah Kumamoto di Pulau Kyushu manakala A-Commerce ialah penasihat perniagaan profesional kepada pelbagai badan kerajaan tempatan di Jepun yang memberi perkhidmatan dalam pembangunan industri halal di sana.

"Perjanjian itu juga bermatlamat menjalin kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama serta meneroka peluang membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan industri modal insan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

"Yang penting skop usaha sama meliputi usaha mewujudkan kesedaran mengenai industri halal di semula peringkat," katanya.

Jepun ialah rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam industri halal, dengan eksport bernilai RM1.88 bilion tahun lepas.


HDC, Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain