Dulux Perkenal Cat Kilat Baru

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AkzoNobel pada Selasa mengumumkan promosi untuk cat kilat Dulux baru berprestasi tinggi yang berasaskan air, WBG.

Menerusi promosi ini, setiap pembelian tiga tin Dulux Weathershield lima liter atau Weathershield MAX di kedai Dulux di seluruh negara yang mengambil bahagian, pelanggan layak mendapatkan cat Dulux WBG satu liter percuma.

Promosi ini turut sah jika membeli dua tong dram 18-liter Dulux Weathershield.

Pengarah Urusan AkzoNobel Paint (Malaysia) CW Goh berkata, syarikat itu komited menawarkan produk mesra pengguna, daripada proses pertama mengecat hingga akhir.

"Inovasi yang dilakukan dalam produk kami difokuskan terhadap memenuhi keperluan pengguna hari ini, sambil memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dulux WBG menyediakan pelbagai pilihan untuk pemilik rumah, dengan warna cat yang kaya, kompaun organik yang kurang meruap serta kurang berbau.

Dulux WBG dilengkapi penamat kilauan tinggi, warna yang tahan lama dengan antipenguning dengan lebih daripada 2000 warna pilihan.

Dengan ciri-ciri berasaskan 100 peratus air, Dulux WBG juga dirumuskan khas untuk memberikan aplikasi yang baik ke atas hartanah dan penampilan berkarakter, dengan kelebihan cepat kering.

AkzoNobel ialah syarikat cat dan lapisan terkemuka global yang membekalkan industri dan pengguna di seluruh dunia dengan produk-produk inovatif dan peka dalam membangunkan penyelesaian lestari untuk pelanggannya.

Tags / Kata Kunci: Cat Air Baru , Dulux

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan