suria

Perjanjian TM-Novotel KK Rintis Hospitaliti Hiburan Dalam Talian

KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Bhd (TM) pada Isnin menandatangani perjanjian dengan Novotel Kota Kinabalu 1Borneo Hotel, menjadikannya hotel pertama di Sabah memiliki Penyelesaian Hospitaliti Hiburan TM.

Penyelesaian itu, dilancarkan pada Jun tahun lepas, mengandungi Penyelesaian Jalur Lebar Dalam Bangunan (IBS), perkhidmatan IPTV TM dengan 60 saluran HyppTV dan Perkhidmatan Pusat Panggilan.

"Dengan kerjasama itu, hotel itu boleh memberi lebih tumpuan kepada operasi harian mereka manakala operasi teknikal bagi tawaran hiburan keseluruhan mereka kepada pusat panggilan yang ditetapkan untuk menguruskannya," kata Naib Presiden Eksekutif TM Azizi A. Hadi.

Pada masa ini, hotel itu menawarkan 13 saluran HyppTV dan 60 saluran 'a-la-carte' HyppTV daripada perpustakaan HyppTV, termasuk tujuh saluran 'Free To Air' (FTA) dan 53 saluran premium, katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara TM dan hotel di sini, Isnin.

MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Besar Negeri TM Sukkuriya Masri dan Penolong Pengurus Besar SME TM Sabah Mohd Sainal Mohd Amin, manakala Hotel Novotel diwakili oleh Pengurus Besar Jacques Leizerovici dan Pegawai Pengawal Kewangan Patricia Lim.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood dan Azizi menyaksikan majlis menandatangani MoU itu.

Azizi berkata penyelesaian itu disasarkan kepada peserta industri hospitaliti, perniagaan hotel, pemilik, pengusaha resort, hospital, pangsapuri, kondominium dan bangunan yang mempunyai tahap sewa yang tinggi yang memerlukan akses Internet tanpa wajar dan menonton TV tanpa gangguan.

Sukkuriya berkata TM merancang menawarkan penyelesaian itu kepada Hotel Apartmen Promenade di sini serta tiga hotel di Labuan pada masa akan datang.

Leizerovici berkata pelanggan hotel itu, yang terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar dan 25 minit dari lapangan terbang antarabangsa, kini boleh menjangkakan pengalaman yang lebih baik di sepanjang penginapan mereka di hotel itu.

TM, Novotel KK, HyppTV

Artikel Lain