suria

Sime Darby Selesai Ambil Alih 70% Ekuiti Dalam LMM Holdings

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd selesai mengambil alih 70 peratus pegangan ekuiti dalam LMM Holdings Pty Ltd (LMMH).

Apabila proses pengambilalihan itu selesai, LMM Holdings dan Brisbane Bodyshop Pty Ltd, anak syarikat milik penuh LMMH, menjadi anak syarikat tidak langsung Sime Darby.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu berkata Sime Darby juga telah selesai mengambil alih 70 peratus unit dalam Brisbane BMW Unit Trust (BBUT) dan 100 peratus faedah dan hak pemilikan dalam hartanah dimiliki oleh pemegang BBUT oleh Sime Darby Motors Wholesale Australia Pty Ltd.

Sime Darby Motors Wholesale Australia Pty Ltd merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd.

Pada 2 Disember 2013, Sime Darby Motors Wholesale Australia Pty Ltd menandatangani perjanjian untuk memperoleh 70 peratus pegangan dalam Brisbane BMW Group, melibatkan LMM Holdings Pty Ltd dan Brisbane BMW Unit Trust bagi RM66.48 juta.

Artikel Lain