Habib Jewels Sasar Tingkat Jualan 20 Peratus Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 12:20 AM

habib

Meer Sadik Habib (tengah) pada pelancaran Habib Diamond Fest 2014, bertemakan, "Shoot For The Stars", di Kuala Lumpur, Khamis. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat barang kemas tempatan, Habib Jewels Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan jualan sebanyak 20 peratus tahun ini didorong oleh permintaan tinggi terhadap emas sebagai pelaburan. 

Pengarah Urusan, Datuk Meer Sadik Habib berkata, jualan barang kemas dijangka meningkat tahun ini berikutan pengguna bersedia bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada April 2015.

"Tahun lepas, jualan barangan emas sangat baik berikutan kejatuhan harga logam itu. Saya percaya trend itu akan berterusan, walaupun harganya stabil sekarang ini.

"Kebanyakan pengguna membeli barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang dan pelaksanaan CBP dijangka agak menjejaskan jualan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Habib Diamond Fest 2014, bertemakan, "Shoot For The Stars", di sini Khamis.

Sambutan berlian itu bermula 3 Mac sehingga 30 April dan menawarkan pelbagai aktiviti promosi. Ini termasuk diskaun sehingga 70 peratus bagi berlian dan barang kemas batu permata yang lain. 

Meer Sadik berkata, syarikat itu menyasarkan jualan sehingga RM30 juta dengan kempen pada tahun ini. Ini berbeza dengan acara pada 2013, yang mencatatkan jumlah jualan RM25 juta.

"Semua berlian diimport dari Amerika Syarikat, Belgium, India dan  China, dan direka oleh pereka bentuk tempatan.

"Kami menawarkan koleksi berlian mewah dan barang kemas pada harga berpatutan," katanya.

Habib bersedia untuk melancarkan jenama rekaan Eropah keduanya di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaannya.  

Jenama luar pertama syarikat, Pandora, merupakan gelang popular Denmark, diedarkan secara eksklusif di Malaysia sejak 2011.

Mengenai masa depan, Meer Sadik berkata Habib Jewels akan melabur kira-kira RM50 juta untuk menambah tiga lagi cawangan kepada 32 yang ada sekarang dan 10

cawangan Pandora baharu kepada 16 yang sedia ada di seluruh negara.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan