Perodua Mula Rancangan Perubahan

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:17 PM

Datuk Aminar Rashid Salleh

Aminar Rashid Salleh.

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kini memulakan program perubahan sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (DAN), kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, di bawah perancangan strategik lima tahun untuk meningkatkan daya persaingan global, perubahan dijalankan melibatkan inovasi produk, penyelidikan dan pembangunan, perolehan dan pengeluaran untuk memuaskan hati pelanggan.

Aminar berkata, jawapan pertama kepada agenda perubahan Perodua ialah kenderaan cekap tenaga (EEV) globalnya yang baharu yang bakal dihasilkan di kilang tercanggihnya.

"Model EEV Perodua berkualiti dan berprestasi global akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini," kata beliau kepada pemberita pada program penyesuaian media di sini, Rabu.

Beliau berkata, walaupun kereta itu versi kompak, ia tetap memiliki ruang selesa dengan gaya dan ciri direka untuk disesuaikan dengan pasaran Malaysia.

"Harganya tetap kompetitif," kata beliau. 

Perodua dan rakan kongsinya setakat ini telah melabur RM1.3 bilion dalam kemudahan perkilangan, di sebelah kilang sedia ada di Sungai Choh.

Kilang baharu itu di bawah usaha sama baharu - Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) -- dengan 51 peratus daripada kepentingan dimiliki oleh rakan kongsi Jepunnya melalui Perodua Auto Corp Sdn Bhd dan Perodua memiliki baki 49 peratus.

Pengarah Urusan PGMSB, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, berkata model baharu itu di bawah segmen enjin pembakaran dalaman EEV.

"Model baharu EEV Perodua mungkin berpotensi untuk eksport sejajar dengan antara matlamat utama DAN 2014 iaitu meningkatkan eksport kenderaan," kata beliau kepada Bernama.

Ahmad berkata, beliau optimistik dapat menjual 197,000 kenderaan tahun ini dan mengekalkan 30 peratus perkongsian pasaran tempatan untuk jualan kereta penumpang dengan pembukaan kilang dan pelancaran moden baharu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan