suria

TA Investment Umum Dividen Bagi Dua Dana

KUALA LUMPUR: TA Investment Management Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak dua sen seunit bagi TA Comet Fund (TACF) dan 2.5 sen seunit untuk TA High Growth Fund (TAHGF) kepada pemegang unit berdaftar setakat 31 Mac 2014.

Dalam kenyataan pada Selasa, TA Enterprise (TAE) berkata tanpa 'senario langit cerah' yang muktamad dalam ekonomi AS, Eropah dan Jepun, pelabur mendapati sukar untuk mewajarkan penilaian lebih tinggi bagi pasaran ekuiti.

 
"Mudah tunai nampaknya menjadi daya penggerak dalam pasaran, malah faktor ini perlahan-lahan terhakis oleh pengurangan pembelian bon di AS. Mujurlah, kami mempunyai rangsangan mudah tunai dari Eropah dan Jepun," katanya. 

TAE berkata kemelut politik di Ukraine dijangka selesai tidak lama lagi.

"Sehubungan itu, kemungkinan kemelesetan yang di luar jangkaan adalah tidak mungkin, dan sentimen kekal sedikit positif. Pelabur institusi perlu mendapatkan pulangan melalui aktiviti giliran," katanya.

TACF menyasar untuk menyediakan saluran bagi pelabur untuk melabur dalam sekuriti berharga rendah yang menawarkan nilai baik dan berpotensi meningkat dengan jangkaan untuk mempelbagaikan sekuriti berharga sederhana dan mewah berikutan pasaran bergerak dalam jangka sederhana kepada jangka panjang.
 
TAHFG bertujuan mendapatkan pertumbuhan modal tinggi bagi pelabur dalam tempoh jangka sederhana kepada jangka panjang dengan melabur terutamanya dalam syarikat yang menawarkan prospek pertumbuhan lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi semasa.

Artikel Lain