suria

Pengeksport China Beri Diskaun Bagi Dagangan Dalam Yuan

Tan Yew Yan.

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat Malaysia harus mengambil kesempatan daripada kesediaan pengeksport China memberikan diskaun bagi barangan yang diniagakan dalam mata wang yuan kerana China adalah rakan perdagangan Malaysia yang terbesar. 

Pengarah, Ketua Jualan Korporat Pasaran Global, HSBC Bank Malaysia Bhd, Tan Yew Yan, berkata pengeksport China akan mempertimbangkan untuk menjual barangan mereka dengan lebih murah kepada mereka yang berniaga dalam mata wang China itu. 

Beliau menegaskan demikian baru-baru ini dalam satu seminar khusus bagi anggota Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor bertajuk 'Asean: The New Growth Frontier', kata HSBC Bank Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tan juga menjelaskan bahawa pelonggaran akaun modal yang lebih luas akan juga membuka lebih banyak peluang bagi syarikat untuk meneroka pasaran China, meningkatkan mudah tunai dan mengubah landskap kewangan.  

Dalam seminar itu, Tan membincangkan tentang Renminbi yang semakin penting dan semakin digunakan di peringkat antarabangsa, dari mata wang perdagangan

global kepada mata wang pelaburan dan akhirnya menjadi mata wang rizab.

Artikel Lain