suria

Lufthansa Perkenal Penerbangan Tanpa Henti Dari KL Ke Frankfurt

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa telah menukar penerbangan sebelumnya dari Kuala Lumpur ke Frankfurt menjadi penerbangan tanpa henti bermula hari ini, dengan kapasiti tambahan serta kekerapan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, pada masa hadapan, penumpang Lufthansa akan mempunyai lima pilihan penerbangan setiap minggu dari Kuala Lumpur ke hab Lufthansa di Franfurt yang mempunyai rangkaian ke lebih daripada 170 destinasi di Eropah dan seterusnya.

Pengurus Besar Lufthansa, Paurus Neeko berkata, syarikat penerbangan itu sangat optimis dengan kejayaan penerbangan terus antara Malaysia dan Eropah kerana Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan utama serta dengan kejayaan pelaburan syarikat-syarikat Jerman dan Eropah di rantau ini.

"Kami gembira untuk menawarkan penumpang kami di Malaysia dengan penerbangan tanpa henti dan tawaran sambungan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.

Lufthansa memulakan penerbangan ke Malaysia buat pertama kalinya pada 1980 dan sehingga kini dengan penerbangan sekali henti di Bangkok,

Thailand.

Artikel Lain