suria

Bank Islam Tawar Kemudahan Pembiayaan Pembelian Superbike

Khairul Kamarudin.

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) kini memperluaskan kemudahan pembiayaan kenderaannya kepada pembelian superbike.

Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Khairul Kamarudin berkata, bank menawarkan kemudahan berkenaan bagi memenuhi permintaan semasa dan keperluan gaya hidup.

"Kami melihat penggemar superbike semakin bertambah, banyak yang memerlukan pembiayaan bagi kenderaan mereka.

"Kami menyaksikan potensi dalam pembiayaan superbike memandangkan segmen pasaran ini masih belum diteroka oleh Bank Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Margin pembiayaan bagi pembelian superbike untuk yang baharu dan motosikal dibaikpulih yang belum didaftarkan ialah sehingga 70 peratus. Tempohnya dari tiga hingga tujuh tahun.

Kadar keuntungan yang berbeza mengikut tempoh dan jenis, amat kompetitif dan konsep pembiayaan juga 100 peratus berasaskan Syariah.

Bank Islam juga menawarkan kemudahan pembiayaan "Gradhitz-i" bagi graduan yang mahu membeli kereta pertama mereka dan pembiayaan kenderaan kepada pekerja sektor swasta dan kerajaan dengan terma dan syarat yang amat kompetitif.

Artikel Lain