Nafas Terokai Ladang Jagung Dan Soya Di Aceh

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 10:00 AM

Ismail Sabri

(Ubah saiz teks)

BERA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bakal membuka ladang jagung dan kacang soya selain membina sebuah kilang memproses makanan ternakan di kawasan seluas 25,000 hektar di Aceh tidak lama lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Aceh telahpun memberikan persetujuan untuk pelaksanaan projek tersebut.

"Sekarang kita sedang menjalankan kajian rapi untuk menentukan soal perbelanjaan projek yang merangkumi kos penanaman dan pembinaan kilang tersebut dan jika segalanya selesai, projek itu akan dilaksanakan pada tahun ini.

"Kita berharap dengan adanya kilang dan ladang tersebut, ia akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan makanan ternakan yang agak tinggi pada masa kini sehingga mencecah jumlah jutaan ringgit setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pemakanan Ternakan Ruminan di Simpang Sebertak di sini.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri berkata, Nafas dijangka akan memproses kira-kira 20,000 tan metrik makanan haiwan mulai tahun ini bagi mengatasi permintaan bahan itu yang semakin meningkat di negara ini.

"Oleh itu saya berharap Nafas dapat mencari kawasan atau menyewa bangunan dan kilang bagi meningkatkan lagi pengeluaran bahan makanan ternakan tersebut supaya penternak mudah mendapat bekalan dengan harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata dalam lawatannya ke Aceh baru-baru ini, kementeriannya juga telah menandatangani perjanjian untuk mengimport sayur dan buah-buahan dari Aceh.

"Hasil perjanjian tersebut, sayur-sayuran segar seperti kobis merah, lobak akan dibawa masuk tidak lama lagi dan bekalan yang diperoleh dijangka akan berterusan," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Nafas , Aceh , Soya , Jagung

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan