suria

Matrade Ketuai Pengeksport Bahan Binaan Ke Moscow

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan membawa para pengeksport bahan binaan tempatan ke Pameran Pembinaan dan Bangunan Antarabangsa Moscow (MOSBUILD) 2014.

Matrade berkata pameran yang berlangsung dari 1 hingga 4 April di Expocentre, Moscow itu merupakan pameran bahan binaan terbesar di Rusia dan Eropah Timur.

Dalam kenyataan pada Isnin, Matrade berkata pameran ini adalah landasan strategik bagi syarikat Malaysia memanfaatkan potensi besar dalam pasaran membangun di Rusia dan Komanwel Negara Merdeka, Eropah Timur seperti Hungary dan Poland, serta negara di Asia Tengah seperti Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kyrgyzstan.

Matrade berkata Pavilion Malaysia dengan 12 ruang pameran, mengetengahkan produk yang terdiri daripada sistem solar, lantai kayu, penyemperitan aluminium, peralatan padang permainan dan barangan elektrik.

Ia berkata sesi padanan perniagaan telah diatur antara pengimport tempatan dan pempamer Malaysia dengan 70 syarikat tempatan yang berpangkalan di Moscow dan bandar lain di Persekutuan Rusia dan negara jiran.

Matrade akan turut menganjurkan lawatan perniagaan untuk kesemua delegasi Malaysia ke Leroy Merlin, pasar raya besar untuk bahan binaan di Moscow.

Matrade, Moscow, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain