suria

Syarikat Malaysia Jana Jualan RM70.94 Juta Di Pameran Automotif

Bangunan Matrade.

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia menjana jualan bernilai RM70.94 juta di pameran Indonesia International Auto Parts, Accessories and Equip Exhibition 2014 bermula dari 19-22 Mac, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Matrade dalam satu kenyataan berkata, jualan yang direkodkan kali ini lebih tinggi berbanding RM8.98 juta tahun lepas.

"Antara produk yang menjadi perhatian ialah bahagian-bahagian dan aksesori motosikal, cakera pad brek, pemula bateri, produk penjagaan kereta dan aksesori, pelincir automotif dan bahagian suspensi," kata perbadanan itu.   

Cabang penggalakan perdagangan luar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, industri automotif Indonesia masih merupakan pasaran utama di Asean. 

Jumlah kenderaan Indonesia dijangka berkembang antara lima dan sepuluh peratus kepada 1.3 juta pada 2014, kata Matrade.  

Indonesia merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2013.

Artikel Lain