MAHB Kendali 6.52 Juta Penumpang Pada Februari 2014 - Niaga | mStar

MAHB Kendali 6.52 Juta Penumpang Pada Februari 2014

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 11:27 PM

klia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata lapangan terbangnya mengendalikan 6.52 juta pergerakan penumpang pada Februari 2014, meningkat 17.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Jumlah penumpang antarabangsa meningkat 15 peratus atau 3.21 juta penumpang manakala trafik domestik tumbuh 19.9 peratus kepada 3.31 juta penumpang.

"Ia merupakan pertumbuhan yang baik, dengan mengambil kira pertumbuhan tinggi pada Februari 2013 berikutan Tahun Baru Cina. Tahun ini (2014) perayaan itu disambut pada Januari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

MAHB berkata jumlah penumpang di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) meningkat 18.7 peratus kepada 2.11 juta manakala Terminal Tambang Rendah KLIA meningkat 13.9 peratus, dengan pengendalian 1.76 juta penumpang.

Operator lapangan terbang itu berkata Bangunan Terminal Utama KLIA dan Terminal Tambang Rendah KLIA mencatat pertumbuhan kukuh sejak beberapa bulan lepas.

Pertumbuhan rekod 21.6 peratus dicatatkan sehingga Februari 2014 berbanding tempoh yang sama pada 2013.

"Operator syarikat penerbangan utama - kumpulan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air dan syarikat penerbangan asing, menyumbang kepada prestasi kukuh ini," katanya.

Pergerakan pesawat mencatatkan peningkatan 10.4 peratus pada Februari 2014 berbanding tempoh yang sama pada 2014 apabila mencatatkan 59,166 pergerakan manakala faktor muatan terus menggalakkan iaitu pada tahap 75 peratus.

Mengenai unjuran masa depan, MAHB berkata perkembangan semasa MH370 mungkin memberi kesan ke atas prestasi trafik dalam jangka pendek.

Sepanjang tempoh tiga minggu selepas pesawat jet itu hilang, jumlah trafik penumpang terus meningkat dua angka berdasarkan perangkaan tahun ke tahun.

"Analisis kami ke atas insiden lepas, di tempat lain, tidak menunjukkan impak ketara ke atas trafik, serta negara tempat insiden itu berlaku.

"Bagaimanapun, insiden MH370 mungkin merupakan dimensi berbeza dan impak negatif ke atas trafik penumpang tidak boleh diketepikan," katanya.

Tags / Kata Kunci: MAHB , KLIA
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan