Saham KL Ditutup Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 8:37 PM

saham
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh belian sokongan dalam saham mewah terpilih, kata seorang peniaga. 

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.97 mata untuk ditutup kepada 1,839.14, selepas bergerak dalam jajaran ketat antara 1,834.8 dan 1,839.96 sepanjang hari dagangan. 

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, berkata kenaikan pasaran tempatan itu sejajar dengan aliran meningkat yang dilihat dalam kebanyakan bursa serantau berikutan prestasi positif semalaman di Wall Street.

"Peningkatan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi AS selepas data menunjukkan keyakinan penggunanya meningkat ke paras tertinggi dalam masa enam tahun, ditambah dengan ketegangan Ukraine-Russia yang semakin mereda juga menyumbang kepada dagangan hari ini," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Di papan skor, Indeks Kewangan naik 34.86 mata kepada 16,575.84 dan Indeks Perladangan meningkat 6.22 mata kepada 8,920.06.

Bagaimanapun, Indeks Perusahaan susut 14.24 mata kepada 3,189.34.   

Indeks FBM Emas meningkat 18.63 mata kepada 12,718.21, Indeks FBMT100 naik 15.32 mata kepada 12,376.24, FBM 70 menokok 25.38 mata kepada 13,845.14 dan FBM Ace menambah 31 mata kepada 6,734.24. 

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 445 berbanding 336, manakala 312 kaunter tidak berubah, 529 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan naik kepada 2.08 bilion saham bernilai RM1.97 bilion daripada 2.04 bilion saham bernilai RM2.01 bilion pada Selasa. 

Dalam kalangan kaunter cergas, Green Packet naik 5.5 sen kepada 52 sen, tetapi Ingenuity susut satu sen kepada 10 sen dan Xidelang turun tiga sen kepada 27.5 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.66 dan RM11.96.

CIMB turun tiga sen kepada RM7.12, Sime Darby susut dua sen kepada RM9.25 dan Axiata berkurangan satu sen kepada RM6.60.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.45 bilion unit bernilai RM1.8 bilion daripada 1.40 bilion unit bernilai RM1.86 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 514.56 juta saham bernilai RM146.89 juta daripada 613.09 juta saham bernilai RM147.65 juta semalam.

Waran melonjak kepada 113.57 juta unit bernilai RM25.04 juta daripada 23.75 juta unit bernilai RM3.38 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 214.03 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 165.94 juta, pembinaan 50.74 juta, perdagangan dan perkhidmatan 428.79 juta, teknologi 298.02 juta, prasarana 19.57 juta, SPAC 19.12 juta, kewangan 70.13 juta, hotel 361,900, hartanah 162.53 juta, perladangan 16.55 juta, perlombongan 50,000, REITs 6.89 juta dan dana tertutup 37,000.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan