Projek EOR Penyumbang Besar Kepada Pengeluaran Dalam Negeri - Petronas

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 4:24 PM

Datuk Wee Yiaw Hin

Datuk Wee Yiaw Hin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menjangkakan projek minyak dipertingkat (EOR) bakal menjadi penyumbang  besar kepada pengeluaran minyak domestik dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran Petronas, Datuk Wee Yiaw Hin berkata, projek EOR berpotensi menghasilkan sehingga 90,000 tong setiap hari dari lapangan minyak matang.

"Ini adalah kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada pengeluaran kami dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang," katanya kepada Bernama pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia 2014 di sini, Rabu.

Katanya, Petronas sedang membangunkan dua lagi projek EOR tahun ini selepas projek pengenalan EOR Tapis, di luar pesisir Terengganu tahun lepas. 

Menurutnya, antara projek baharu ialah EOR Baronia, di luar pesisir Sarawak yang kini dalam fasa reka bentuk.

Petronas mempunyai operasi di lebih 60 negara, mengeluarkan 2.21 juta tong setiap hari, dengan operasi domestik menyumbang 1.62 juta tong.

Projek EOR sulung syarikat itu di lapangan minyak Tapis dijangka memulakan operasi tahun ini, meningkatkan pengeluaran lapangan minyak matang sehingga 35,000 tong sehari pada 2016 atau 2017 berbanding 3,000 tong hingga dan 4,000 tong pada masa ini.

Tags / Kata Kunci: Petronas , EOR , Datuk Wee Yiaw Hin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan