Lotus Cars Malaysia Sasar Jualan 1,200 Unit Model Baharu

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 8:23 PM

Aslam Farikullah

Aslam Farikullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lotus Cars Malaysia merancang untuk menjual 1,200 unit model prestasi premium baharunya, Exige S Roadster setiap tahun di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Operasi Group Lotus Plc, Aslam Farikullah, berkata pasaran utama kenderaan itu adalah Jepun dan negara Eropah.

Model Lotus lain yang boleh didapati di Malaysia adalah Exige S, Elise S, Elise MT, Exige MT, Evora MT, Evora AT dan IPS. Lotus adalah anak syarikat Proton Holdings Bhd. 

"Pengenalan Exige baharu kepada produk Lotus menawarkan peluang baharu kepada syarikat itu untuk mengembang dan memperkukuh sumber pengeluaran, mewujud pekerjaan baharu serta peluang untuk pekerja berkemahiran," kata Aslam.

Beliau bercakap kepada pemberita di pelancaran Exige S Roadster di pasaran Malaysia di sini, Rabu. Penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamad turut hadir di majlis itu.

"Tahun lalu menandakan titik perubahan kepada syarikat dengan peningkatan 31 peratus pengeluaran.

"Kejuruteraan Lotus sedang bekerjasama dengan lebih banyak pengeluar peralatan asli berbanding tahun lalu dan kini mempunyai 120 projek kejuruteraan," katanya.

Aslam berkata, pengenalan model terbaru ke pasaran Malaysia adalah penting kerana syarikat mahu kekal relevan dan kompetitif.

"Malaysia adalah pasaran yang sangat kompetitif. Oleh itu adalah penting untuk kami memperkenalkan lebih banyak produk menarik di masa depan, dengan penambahbaikan keseluruhan kualiti, kos dan penghantaran produk yang kini menjadi prosedur operasi standard di Lotus dan Proton," tambah Aslam.

Mengenai prestasi Exige S Roadster, beliau berkata, ia mampu mencapai 0 hingga 100 kilometer sejam daripada kedudukan berhenti dalam 3.9 saat.

Harga runcit untuk Exige S Roadster ialah RM452,030 tidak termasuk insurans, cukai jalan, bayaran pendaftaran, pemeriksaan, nombor plat serta pelbagai caj penghantaran dan pendaftaran lain.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan