suria

Bayaran Projek SDC Kini Berjumlah RM1.4 Bilion

KOTA KINABALU: Pembayaran bagi projek di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Ke-10 bagi tempoh 2008-2014, kini berjumlah RM1.4 bilion.

Ini merupakan 85.3 peratus daripada jumlah peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1.634 bilion yang diterima oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) sehingga akhir Februari tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pada suku pertama 2014, sejumlah RM128 bilion pelaburan dirancang dan akan dilaksanakan, dan daripada jumlah itu, kira-kira RM38 bilion telah direalisasikan.

"Ini juga sejak pelancaran SDC pada 2008.

"Kami menjangkakan momentum pelaburan dalam SDC akan terus meningkat, terutama perhatian pelabur global kini beralih ke Asia serta pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah," katanya.

eliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada mesyuarat ke-15 anggota SEDIA di pejabatnya di sini, Selasa.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi SEDIA berkata SEDIA yang telah beroperasi selama lima tahun dengan hampir semua projek utama SDC sedang dilaksanakan.

Beliau menggesa agensi pelaksana memastikan projek pembangunan dijalankan mengikut jadual, memenuhi kualiti yang dikehendaki dan merealisasikan projek yang disasarkan.

"Ini bukan sahaja akan memenangi keyakinan rakyat mengenai betapa seriusnya kerajaan dalam membangunkan negeri ini, malah pelabur, untuk mempercepatkan Program Transformasi Ekonomi," katanya.

Musa berkata pelaburan domestik memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan SDC.

"Ia sememangnya tepat pada masanya memandangkan kerajaan persekutuan dan negeri memberi penekanan kepada penyertaan pelabur domestik, termasuk pembangunan usahawan Bumiputera, IKS dan syarikat baharu.

"Saya gembira untuk menyatakan bahawa SEDIA telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menyokong pembangunan PKS dan syarikat baharu.

"SEDIA bekerjasama dengan Teraju melalui program TERAJU

Sabah, SDC, PKS, Teraju

Artikel Berikut

Artikel Lain