suria

Nasim Yakin Lebih 7,000 Kereta Peugeot Mampu Dijual Pada 2014

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Peugeot di Malaysia, yakin mencapai sasaran jualan sebanyak 7,000 kereta tahun ini, pertambahan lapan peratus berbanding 2013.

Ketua Pegawai Operasi, Datuk Samson Anand George berkata, pertumbuhan jualan itu dijangka didorong oleh penubuhan lebih banyak pusat jualan, servis dan alat ganti (3S).

Tahun lepas, Peugeot mencatat peningkatan jualan sebanyak enam peratus berbanding 2012, katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pusat jualan Nasim Desa Pandan di sini Selasa.

Syarikat itu telah melabur sehingga RM1.5 juta untuk menaik taraf pusat itu daripada hanya sebuah pusat jualan kepada pusat 3S, kemudahan kelima di ibu kota.

Nasim menyasarkan pusat Desa Pandan ini menyumbangkan lima peratus kepada jumlah jualan 30 unit sebulan. Pusat servis di situ mempunyai kelengkapan mencukupi untuk mengendalikan sehingga 15 kereta sehari.

Menurut Samson, rancangan peluasan pusat itu bertujuan memenuhi permintaan daripada pelanggan di Kuala Lumpur, dan syarikat itu merancang melancarkan 10 lagi pusat 3S di seluruh negara.

Tahun ini, syarikat itu akan memperkenal model baharu SUV dan MPV untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain