MH370: AIA Jamin Proses Pembayaran Lancar - Niaga | mStar

MH370: AIA Jamin Proses Pembayaran Lancar

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans AIA Berhad pada Selasa memberi jaminan akan memastikan kelancaran proses tuntutan insurans untuk waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

AIA berkata memandangkan sebahagian penumpang pesawat itu adalah pemegang polisi AIA, syarikat itu memberi jaminan kepada keluarga mangsa, mereka akan menghubungi waris untuk menyegerakan proses tuntutan polisi insurans hayat dalam tempoh 24 jam.

"Pihak pengurusan dan kakitangan AIA Bhd dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370," kata AIA dalam kenyataan di sini.

Anggota keluarga terbabit boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70 atau e-mel members

Tags / Kata Kunci: AIA , MH370 , MAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan