suria

BSN Akan Tempatkan 40 Pakar Takaful PruBSN Di Cawangan Terpilih

Azim Mithani.

PUTRAJAYA: Seramai 40 Pakar Takaful akan ditempatkan di cawangan terpilih Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara buat permulaan ini untuk mempromosikan produk takaful yang ditaja jamin oleh Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN).

Pakar-pakar itu, dilantik daripada 90 eksekutif perbankan peribadi BSN akan menyediakan kepada permintaan yang semakin meningkat bagi perlindungan patuh syariah dan perkhidmatan simpanan daripada pelanggan BSN.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, pakar-pakar itu akan menggunakan aplikasi mobiliti tablet PruBSN bagi membolehkan serahan jualan diselesaikan dengan lebih pantas, mudah dan tepat. 

"Dalam beberapa langkah mudah, Pakar Takaful boleh menghasilkan sebut harga tepat berdasarkan kepada butir-butir dan profil pelanggan dan mereka boleh memperoleh perlindungan takaful mereka secepat dalam tempoh sejam," katanya sambil menambah bilangan pakar akan ditambah secara beransur-ansur dalam tempoh terdekat ini. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran skim Pakar Takaful BSN dan penyelesaian tempat jualan tablet terbaharu PruBSN, mobiliti PruBSN, di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Sokongan Korporat), Ahmad Latfan Mohd Amran berkata, bank itu memiliki kira-kira lapan juta pelanggan aktif, 65 peratus daripadanya adalah Bumiputera.

"Segmen Bumiputera adalah segmen yang kita benar-benar mahu tembusi dengan Pakar Takaful, dan kami menyasar menarik kira-kira 13 pemegang polisi baharu sebulan bagi setiap pakar," katanya. 

PruBSN merupakan usaha sama antara BSN dan Prudential Plc yang masing-masing memegang 51 peratus dan 49 peratus.

Artikel Lain