suria

AirAsia India Terima Pesawat Pertama A320

NEW DELHI: AirAsia India menerima pesawat Airbus A320 yang pertama pada Sabtu.

"Berita baik! Syarikat penerbangan terbaharu India, AirAsia India menerima pesawat A320 yang pertama," demikian menurut Airbus dalam tweet dengan gambar sebuah jet.

Airbus berkata pesawat itu dilengkapi "Sharklet", peranti hujung sayap yang membantu syarikat penerbangan mengurangkan pembakaran bahan api dan pelepasan asap.

"Pesawat pertama kami itu baru sahaja meninggalkan Toulouse untuk pulang ke India. Tidak sabar untuk merevolusikan penerbangan India," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya melalui satu lagi tweet.

AirAsia India telah diberikan kelulusan secara prinsip untuk mengimport 10 pesawat Airbus A-320-200 pada Disember lepas.

Syarikat penerbangan itu merupakan usaha sama antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace pada 49:30:21 peratus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain