suria

BMW Perkenal Penyelesaian ConnectedDrive Bagi BMW 7 Series Baharu

Dr Gerhard Pils.

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta premium BMW Group Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan penyelesaian ConnectedDrive bagi BMW 7 Series baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dr Gerhard Pils, dalam satu kenyataan berkata, dengan penyelesaian itu kumpulan tersebut berjaya membezakan dirinya dalam segmen itu dari segi teknologi dan sambungan dalam kereta. 

"Kami percaya BMW 7 Series baharu akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pengeluar limousin mewah paling inovatif dan berprestij dalam segmen premium kerana kami menyediakan keseronokan memandu yang lebih hebat kepada pemilik," katanya.

BMW berkata, ConnectedDrive dalam BMW 7 Series baharu menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh yang kini termasuk pilihan sistem bantuan dan keselamatan pemandu.

"Ini termasuk BMW Head-Up Display (Paparan Di Cermin Hadapan) berwarna penuh dengan resolusi jelas bagi BMW 730Li yang akan memancarkan maklumat pemanduan relevan secara terus ke bahagian cermin hadapan penglihatan pemandu," kata syarikat itu.  

Ia berkata, paparan instrumen pelbagai fungsi itu juga akan menjadi standard bagi BMW 730Li untuk memastikan pemandu memperoleh pengalaman pemanduan unik

dengan pilihan warna yang berbeza.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain