Newwin Engineering Sasar RM150 Juta Setahun

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Newwin Engineering (M) Sdn Bhd, syarikat pembekal perkhidmatan pengurusan penyelenggaraan loji bagi industri minyak dan gas menyasarkan pendapatan meningkat sehingga RM150 juta setahun dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM60 juta pada masa ini.

Pengarah Urusannya Ir Mohamad Othman berkata pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai selepas memperoleh beberapa projek baharu termasuk pembangunan kawasan industri Petronas di Pengerang, Johor yang akan bermula pada 2017.

"Kami optimis dapat mencapai sasaran ini kerana apabila pembangunan kawasan industri di Pengerang dilaksanakan, Newwin akan mendapat lebih banyak kontrak dan keuntungan yang berganda.

"Selain itu, kami juga menerima banyak projek membabitkan pelan 'shut down' syarikat yang menyumbang antara RM30 hingga RM40 juta pendapatan syarikat setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan sempena kejayaan 10 juta jam syarikat itu beroperasi tanpa kemalangan, di Taman Industri Paka, di sini hari ini.

Katanya, syarikat itu turut memperoleh kontrak bernilai RM200 juta daripada Petronas untuk beberapa projek termasuk penyambungan logam dan paip, perancah dan mekanikal di loji Kertih, Melaka dan Bintulu untuk tempoh lapan tahun akan datang.

"Dengan rekod syarikat yang terbukti cemerlang dan keupayaan prestasi berkualiti daripada pekerja kami, Newwin sentiasa komited untuk menawarkan khidmat di loji dan bengkel dengan kualiti terbaik," katanya.

Sejak diperbadankan pada 1991, Newwin memberi tumpuan kepada perkhidmatan cemerlang daripada pekerja mahir mereka bagi memikul kepercayaan pelanggan melalui penyelenggaraan yang berkualiti di bangunan industri dan kerja-kerja mekanikal termasuk penukaran dandang kapal, relau, pam dan pembersihan tangki.

Selain itu, syarikat juga sedang mencari rakan niaga sesuai untuk mengembangkan perniagaan dan disenaraikan di Bursa Saham dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kami sudah mengenal pasti beberapa syarikat berpotensi untuk dijadikan rakan niaga dan proses penilaian sedang dilakukan oleh pakar kami dengan terperinci.

"Kami sedar untuk menjadi pemain utama dalam industri perkhidmatan memerlukan usaha yang lebih seperti melalui penubuhan anak syarikat yang akan menjana lebih perolehan," katanya lagi.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan