suria

Norway Sasar Kukuh Dagangan Dua Hala Dengan M'sia

Norway kaya dengan produk laut

PETALING JAYA: Norway menyasarkan untuk mengukuhkan perdagangan dua halanya dengan Malaysia melalui peningkatan jumlah eksport produk tahun ini.

"Eksport utama kami ke Malaysia ialah minyak dan produk gas, diikuti produk telekomunikasi, pertanian dan produk makanan laut.

"Saya telah berjumpa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam untuk berbincang lebih lanjut mengenai masa depan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara," kata Menteri Perdagangan dan Industri Norway Monica Maeland kepada pemberita di luar acara promosi salmon di pasar raya AEON Bandar Utama, Selasa.

Menurut laman rasmi Norway di luar negara, import barangan dari Malaysia ke Norway berjumlah RM980 juta pada 2013, manakala eksport barangan ke Malaysia dari Norway mencecah RM1.080 bilion pada tahun sama.

Dana Pencen Kerajaan Norway (GPFG) melabur RM5.5 bilion dalam 79 syarikat di Malaysia.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 50 syarikat Norway di Malaysia, dengan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, terutama dalam sektor minyak dan gas, maritim dan telekomunikasi.

Norway diwakili syarikat seperti Aker Solutions, Digi melalui syarikat telekomunikasi Norway Telenor, serta syarikat cat dan salutan Jotun.

Norway, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain