suria

Nilai Ringgit Naik Dua Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus naik untuk hari kedua berturut-turut berbanding dolar AS disebabkan permintaan baharu untuk mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.2725/2755 berbanding dolar daripada 3.2770/2800 pada Isnin.

Prestasi ringgit juga lebih baik berbanding mata wang Asia yang lain.

"Bagaimanapun, momentum ini mungkin tidak kekal lama memandangkan mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan AS akan bermula tidak lama lagi, yang akan mengehadkan keuntungan," katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit kebanyakannya lebih tinggi kecuali mata wang yen.

Ringgit naik kepada 2.5859/5903 dari 2.5885/5925 berbanding dolar Singapura, telah meningkat kepada 5.4337/4396 terhadap pound British daripada 5.4536/4599, mengukuh kepada 4.5527/5575 berbanding euro daripada 4.5550/5599 hari ini tetapi susut terhadap yen kepada 3.2241/2287 daripada 3.2200/2236 pada Isnin.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain