Desa Murni Batik Sasar Jualan RM48 Juta Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 7:47 PM

Reka corak batik terkini keluaran Desa Murni dipamerkan kepada para wartawan dan pelangan. (dari kanan: Pengaran Urusan, Suhaimi Embong, Fatimah Fatiyyah, Erra fazira dan Bibi Ramjani)

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Desa Murni Batik Sdn Bhd (DMBSB), pengeluar dan pengedar batik sutera digital milik Bumiputera, menyasarkan jualan sebanyak RM48 juta sebelum akhir tahun ini, peningkatan RM10 juta berbanding tahun lepas.

Pengarah Urusannya Mohd Suhaimi Embong berkata syarikat yakin dapat mencapai sasaran itu susulan pembukaan dua cawangan baharu, di Gong Kapas dekat sini dan di Dungun yang mula beroperasi sejak Julai tahun lepas.

"Permintaan juga semakin bagus kerana semakin ramai pelanggan wanita menggemari fesyen batik digital keluaran Desa Murni kerana rekaannya yang eksklusif.

"Malah, penggunaan mesin berteknologi tinggi juga membolehkan kami menampung permintaan tanpa sebarang masalah dan pada masa sama memastikan kualiti produk yang dikeluarkan berada pada tahap terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Terengganu, Roslee Daud di sini, Isnin.

Desa Murni kini mempunyai enam cawangan di Terengganu iaitu di Batu Enam, Pengadang Baru, Pulau Rusa dan Gong Kapas di Kuala Terengganu serta Kuala Berang di Hulu Terengganu dan Dungun.

Mohd Suhaimi berkata syarikat juga mempunyai cawangan di Kota Bharu, Kelantan, Kuala Lumpur, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang.

Desa Murni turut memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan pemasaran serta menaja pasukan bola sepak T-Team dan Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 tahun dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, katanya.

"Kami percaya melalui promosi berkesan, jualan akan dapat digandakan," katanya yang dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan oleh kerajaan negeri Terengganu, tahun lepas.

Beliau berkata, Desa Murni yang memperkenalkan rekaan terbaharu setiap bulan, menggunakan kepakaran dari pereka fesyen di Itali dan mendapat khidmat nasihat dari segi teknikal berkaitan penggunaan fabrik, warna dan rekaan dari tenaga pakar di Switzerland.

Selain mengeluarkan batik sutera digital untuk baju kurung dan kebaya pada harga antara RM280 dan RM380, Desa Murni juga menawarkan tudung eksklusif.

Suhaimi berkata, syarikat mempunyai 300 kakitangan termasuk 23 pereka fesyen lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Desa Murni mula beroperasi pada 1974 dengan memproses batik secara tradisional sebelum menggunakan mesin berteknologi tinggi yang berupaya menghasilkan 2,000 helai batik sebulan di kilang di Pulau Rusa di sini.

Tags / Kata Kunci: Batik Malaysia , Desa Murni Batik

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan