Projek ECER Bakal Beri Manfaat Kepada Rakyat Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 2:38 PM

Jebasingam Issace John

Jebasingam Issace John.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Dua projek utama iaitu Pusat Perindustrian Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh dan Taman Hab Halal di Pasir Mas yang dibangunkan oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bakal memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John berkata, kedua-dua projek itu yang bernilai RM100 juta diharap dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk setempat.

"Projek Taman Hab Halal di Pasir Mas telah siap sepenuhnya dan kini dalam peringkat menyediakan ruang untuk menempatkan perniagaan yang berskala kecil bagi menyokong keperluan pelabur utama di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Katanya, taman seluas 54 hektar itu berfungsi sebagai taman halal bagi memasarkan produk makanan halal seperti rempah ratus, daging, sos, produk hasil tani dan sebagainya.

Beliau berkata, Pusat Perindustrian Perikanan Tok Bali pula bakal memulakan kerja-kerja pembangunan infrastrukturnya pada pertengahan tahun ini.

Jebasingam berkata, loji rawatan air Wakaf Bunut, Pasir Puteh yang akan membekalkan air bersih kepada pusat itu telah siap sepenuhnya pada 13 Februari tahun lalu.

"Ia mampu membekalkan 23 juta liter air sehari kepada pusat pemprosesan ikan, kilang pengeluaran ais, bilik sejuk beku dan sebagainya.

"Ia dijangka mentransformasikan perkampungan nelayan persisiran pantai di kawasan tersebut kepada sebuah hab perikanan berorientasikan eksport yang dinamik dan berdaya maju," katanya. 

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini kerajaan Persekutuan melalui ECER telah membelanjakan lebih RM700 juta bagi projek, pembangunan insan dan infrastruktur untuk meningkatkan taraf ekonomi di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan