MRT Jajaran Kedua Dapat Persetujuan Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 11:40 AM

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid. Foto RICKY LAI / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, projek jajaran kedua Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) sudah mendapat persetujuan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang menanti pengumuman rasmi untuk memulakan projek pembinaan jajaran kedua tersebut, yang berkemungkinan bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya. 

"Jajaran kedua telah dibincangkan dan akan diumumkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ke tapak pembinaan stesen MRT Kajang, di sini Sabtu.

"Ini adalah satu petanda baik kerana kita ada kesinambungan dari segi penyediaan kemudahan pengangkutan kepada orang ramai, dan juga dari segi sumbanganya kepada ekonomi," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata laluan bawah tanah MRT jajaran pertama, yang dijadualkan siap pada Julai 2017, kini siap 50 peratus.

"Kerja pembinaan asas keseluruhan projek dijangka siap pada pertengahan 2015, yang akan diikuti pelaksanaan sistem kendalian," katanya.

Beliau yang berpuas hati dengan prestasi positif projek ini, berkata langkah-langkah keselamatan akan terus menjadi keutamaan, khususnya yang melibatkan orang awam dan pekerja.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan