BHPetrol Rancang Buka 150 Stesen Minyak Baharu Dalam Tempoh Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 6:53 PM

Lodin Wok Kamaruddin

Lodin Wok Kamaruddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: BHPetrol, anak syarikat runcit petrol Boustead Holdings Bhd, merancang membuka 150 stesen minyak dalam tempoh tiga tahun daripada 350 kiosk sedia ada.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, sejak syarikat itu mengambil alih perniagaan tersebut daripada British Petroleum (BP) dan menjenamakannya semula sebagai BHPetrol pada 2005, stesen itu berjaya muncul sebagai jenama ketiga paling popular di negara ini.

Penarafan itu diperoleh menerusi "Putra Brand Survey" dalam kalangan pengusaha stesen petrol selepas dua jenama terkemuka, Shell dan Petronas.

"Ia adalah satu pencapaian besar bagi jenama baharu," kata Lodin dalam temu bual dalam keluaran terbaharu "Buletin Perdasama", majalah bulanan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).

Beliau juga berkata, Boustead Holdings cuba membuat tawaran bagi rangkaian stesen Esso di Malaysia tetapi tidak berjaya.

Esso dinamakan Petron susulan pemilikannya oleh sebuah konglomerat Filipina.

Lodin berkata tahun ini, Boustead Holdings, satu daripada konglomerat pelbagai dan terbesar di Malaysia, akan memantapkan dan mengukuhkan perniagaan sedia ada untuk memberi nilai yang lebih baik dan menjadikannya lebih menguntungkan.

"Dasar kami ialah jika unit operasi tidak menjana keuntungan, kami keluar, kami jual atau kami tutup, tiada sentimen.

"Kami mengkaji secara berkala semua unit operasi kami untuk memastikan ia sentiasa cekap, kos efektif dan menguntungkan serta memberi nilai sebaik mungkin kepada pemegang saham," katanya.

Boustead Holdings terlibat dalam enam sektor utama ekonomi, kesemuanya seiring dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang bermatlamat mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. 

Sektor terbabit ialah perladangan, hartanah, kewangan dan pelaburan, farmaseutikal, perdagangan dan industri serta industri berat.

Tags / Kata Kunci: esso , Lodin Wok Kamaruddin , BHPetrol , petron

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan