suria

Mah Sing Group Beli Tanah Padang Golf RM327.4 Juta

Leong Hoy Kum.

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd membeli sebidang tanah seluas 34.6 hektar di Shah Alam, Selangor pada RM327.4 juta.

Tanah padang golf Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 13 itu, dijangka menghasilkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM2.5 bilion, demikian menurut kenyataan syarikat itu di sini Khamis.

Syarikat menyasar pembangunan dilancarkan pada 2016 untuk pasaran lebih tinggi serta bagi mereka yang mencari kehidupan lestari yang di kelilingi alam semula jadi.

"Kami akan mewujudkan satu siri hartanah mewah kami, Lagenda dan separa mewah Residence," kata Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum.

Dengan pengambilalihan baharu ini, kumpulan mempunyai baki GDV dan jualan yang belum dibilkan sebanyak RM31.26 bilion, yang akan bertahan dalam tujuh hingga

lapan tahun akan datang, katanya.
Leong Hoy Kum, Mah Sing Group

Artikel Lain