suria

Legoland Tarik Pengunjung Luar Negara Menerusi Tarikan Baharu

Mark Germyn bergambar bersama kanak-kanak selepas melancarkan 'Lagenda Chima' daripada blok lego di kawasan miniland di Legoland Malaysia, Nusajaya di Johor Bahru, Rabu. Foto BERNAMA

NUSAJAYA: Legoland Malaysia Resort mahu menarik lebih banyak pengunjung antarabangsa tahun ini, terutama lebih banyak tarikan dibuka pada tahun-tahun akan datang.

Pengurus Besarnya Mark Germyn berkata pada masa ini, dua pertiga daripada jumlah pengunjung taman tema itu datang dari Malaysia dan Singapura.

Tanpa mengumumkan jumlah sebenar pengunjung, beliau berkata pengunjung antarabangsa yang semakin meningkat terdiri daripad pelawat dari Hong Kong, Indonesia, Filipina, Australia, Thailand, Taiwan dan China.

"Kami menerima maklum balas yang hebat. Hampir 23 juta pelawat antarabangsa melawat Johor tahun lepas dan kami menjangkakannya angka itu akan meningkat dengan ketara tahun ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran "Legenda Chima", tarikan terbaharu kepada Miniland.

Germyn berkata, pengunjung ini memberi aliran positif kepada industri perhotelan di negeri itu termasuk Legoland Malaysia Resort.

Antara penambahan yang bakal dilakukan di taman tema tersebut ialah Lego Star Wars di Miniland, meliputi kawasan tertutup seluas 3,000 meter persegi yang mengetengahkan keenam-enam filem Star Wars.

Daya tarikan Star Wars ini akan dibuka pada September. 

Taman tema ini turut membina Lego Garuda terbesar dunia untuk kempen Indonesianya bermula bulan depan.

Legenda Chima di Miniland muncul kurang dari setahun selepas filem Legenda Chima 4D itu dilancarkan di taman tema tersebut.

legoland, Mark Germyn

Artikel Lain