suria

Domino's Pizza Sasar Buka 25 Cawangan Baharu

Shamsul Amree.

KOTA BHARU: Domino's Pizza Malaysia menyasarkan untuk membuka 25 lagi cawangannya di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun ini.

Pengurus Besar Domino's Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman, berkata sehingga kini terdapat 111 cawangan Domino's di Semenanjung Malaysia.

"Kami merancang untuk membuka 25 lagi cawangan dalam usaha memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembukaan Rasmi Domino's Pizza Kota Baharu di sini, Khamis.

Shamsul Amree berkata, Domino's Pizza Kota Baharu adalah cawangan pertamanya di Kelantan manakala cawangan kedua akan dibuka di Kubang Kerian dekat sini pada April ini.

Beliau berkata, konsep baharu yang ditampilkan oleh Domino's Pizza ialah 'teater pizza' yang membolehkan pelanggan melihat cara-cara pizza dibuat di satu tempat khas yang disediakan.

"Kami mewujudkan ruang terbuka untuk pelanggan melihat proses membuat pizza. Ia khas bagi pelanggan yang menjamu selera di restoran kami. Selain itu (kami menawarkan) kemudahan Wi-Fi percuma dan radio Domino's FM," katanya.

Sementara itu, Shamsul Amree berkata, syarikat itu juga menyasarkan untuk membuka cawangan Domino's Pizza di Sabah dan Sarawak pada 2015.

"Ini merupakan sasaran kami; kami ingin menembusi pasaran Sabah dan Sarawak pula selepas ini," kata beliau.

Shamsul Amree, Domino's Pizza

Artikel Lain