suria

BMW Group Malaysia Jangka Model Mini Baharu Tingkat Jualan Tahun Ini

Dr Gerhard Pils.

KUALA LUMPUR: Model baharu MINI, MINI Cooper dan MINI Cooper S, dijangka membantu meningkatkan keseluruhan jualan BMW Group Malaysia pada tahun ini.

Ketua Eksekutif BMW Group Malaysia Dr. Gerhard Pils berkata, tambahan baru bagi model MINI itu akan mengukuhkan lagi kedudukan pengeluar kereta tersebut dalam pasaran Malaysia. 

"Pada Februari, kami menyerahkan 1,208 kenderaan yang terdiri daripada BMW, MINI dan BMW Motorrad, menandakan peningkatan 19 peratus berbanding Februari tahun lepas dengan serahan 1,012 buah kenderaan," kata beliau dalam satu taklimat pada Khamis.

BMW Group Malaysia yakin bahawa dua model ini akan menyumbangkan kepada pertumbuhan positifnya ketika BMW terus menyediakan pengalaman pemanduan yang maksimum dan memberi komitmen kepada kualiti terbaik, kata Pils.

Kedua-dua model ini menampilkan teknologi Twin Turbo baharu, yang meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan bahan api.

Varian MINI Cooper baharu ini mempunyai enjin petrol tiga silinder 1.5 liter  manakala MINI Cooper S pula dilengkapi dengan enjin empat silinder 2.0 liter.

Empat varian boleh didapati mulai 12 April di lapan pengedar MINI di seluruh negara.

Harga asas bagi MINI Cooper ialah RM178,888, diikuti MINI Cooper Chilli pada RM198,888 dan MINI Cooper S serta MINI Cooper S Wired masing-masing pada RM228,888 and RM248,888.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain