Matrade Sasar Projek Bernilai RM400 Juta Di Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 2:41 PM

Matrade

Bangunan Matrade.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan projek pembinaan bernilai RM400 juta di Myanmar untuk syarikat-syarikat Malaysia.

Matrade dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, projek tersebut merangkumi kediaman, komersil, taman perindustrian dan pembangunan bercampur seperti hotel, bangunan pejabat dan pusat membeli-belah.

Projek-projek itu dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan entiti-entiti persendirian yang dikenal pasti oleh Matrade, katanya.

"Firma Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk menyumbang kepada pembangunan di Myanmar berdasarkan rekod prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan pelbagai projek pembinaan dan infrastruktur di peringkat global," katanya.

Tahun lepas, Matrade berkata projek bernilai RM330 juta dikenal pasti, dan menambah Myanmar menawarkan potensi dan peluang perniagaan yang besar, terutama dalam sektor pembangunan infrastruktur dan hartanah. 

"Terdapat lonjakan permintaan dalam hartanah kediaman dan komersil yang moden berikutan perubahan gaya hidup terkini dan kemasukan pelabur asing ke negara ini," kata Matrade.

Pembangunan infrastruktur diberi keutamaan oleh kerajaan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial warga Myanmar, ia ditambah.

Sembilan syarikat pembinaan Malaysia akan menyertai misi pemasaran khas Matrade dari 17 hingga 21 Mac, untuk bertemu pemilik projek dan menilai projek-projek yang telah dikenal pasti serta menyertai sidang kemuncak infrastruktur Myanmar dan pameran di pusat komersil negara itu, Yangon.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan