30 Syarikat Bumiputera Bakal Diiktiraf Syarikat Ikon Negara - Gabem - Niaga | mStar

30 Syarikat Bumiputera Bakal Diiktiraf Syarikat Ikon Negara - Gabem

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 9:48 PM

Abdul Rahim Tamby Chik

Abdul Rahim Tamby Chik.

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kira-kira 30 syarikat Bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang keusahawanan akan diiktiraf sebagai Syarikat Ikon Negara (SIN) pada Jun ini, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses untuk memilih syarikat Bumiputera yang benar-benar layak untuk dijadikan ikon kepada bakal usahawan. 

"Syarikat yang dipilih mestilah sudah berjaya lebih lima tahun dan akan menjadi contoh supaya dapat memberi motivasi serta merangsang usahawan muda," kata beliau kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdul Rahim berkata, SIN akan menjadi pemangkin untuk memperkasa usahawan muda Bumiputera dalam bidang perniagaan, sekali gus memastikan matlamat mereka menguasai ekonomi sebanyak 30 peratus tercapai.

Beliau berkata, Gabem kini mempunyai cawangan hampir di semua negeri, dan turut diperkasakan lagi dengan penyertaan beberapa tokoh serta Exco kerajaan negeri yang dipilih berdasarkan kredibiliti mereka.

Penyertaan mereka diharapkan dapat membantu setiap aktiviti dan perancangan selaras dengan aspirasi Gabem dalam membantu usahawan Bumiputera.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan