suria

Puncak Niaga Dan Splash Tolak Tawaran Selangor Untuk Aset Air

PETALING JAYA: Puncak Niaga Holdings Bhd dan Gamuda Bhd kekal dengan pendirian mereka untuk mendapat tawaran lebih baik daripada Kerajaan Selangor bagi aset air mereka, yang memperlihatkan bahawa segala urusan tidak dilakukan secara telus seperti yang digambarkan.

Seperti yang dijangka, hanya Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) menerima tawaran Kerajaan Selangor.

Puncak Niaga menguasai dua syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), operator pelan rawatan air, dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mempunyai mandat untuk membekalkan air di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Gamuda mempunyai 40% kepentingan dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Puncak Niaga, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, mengulangi syarat-syaratnya termasuk pulangan terkompaun ekuiti sebanyak 15% setahun diambil sebagai pampasan kepada PNSB untuk kerugian pendapatan pada masa akan datang.

Puncak Niaga juga menunggu bayaran yang belum dijelaskan Syabas kepada PNSB untuk dijelaskan kepada syarikat induk kerana jumlah itu bagi perkhidmatan itu telah pun diberikan.

Di samping itu, Puncak Niaga juga meminta untuk mengeluarkan klausa timbang tara itu kerana mendakwa ia melanggar semangat " laissez faire ".

Syarikat itu juga merasakan bahawa metodologi penilaian lain tidak terletak di bawah skop timbang tara.

"Sebarang klausa timbang tara adalah tidak adil kepada para pemegang saham termasuk pemegang saham minoriti," kata Puncak Niaga.

Ia menambah bahawa Syabas sebelum ini telah menerima arahan bertulis daripada Kerajaan Persekutuan, yang memegang satu saham emas, bahawa rundingan perlu dilakukan menerusi pembeli secara sukarela.

Oleh itu, Puncak Niaga berkata, kemasukan fasal timbang tara adalah jelas terhadap arahan daripada pemilik saham emas, yang merupakan Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun , Kerajaan Selangor telah menandatangani memorandum persefahaman ( MoU) dengan Kerajaan Persekutuan pada 26 Februari. 

Menurut Menteri Besar Tan Sri ,Khalid Ibrahim , perjanjian itu membuatkan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan usaha negeri itu untuk mengambil alih aset air secara efektif.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM9.65  bilion kepada Puncak Niaga , KPS dan Gamuda Bhd untuk membeli Splash, PNSB, Syabas dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Tawaran itu dibuat berdasarkan pulangan 12% ke atas ekuiti setahun dan air aset yang akan diperolehi oleh Pengurusan Aset Air Bhd.


puncak niaga, pnsb, gamuda bhd

Artikel Sebelum

Artikel Lain