suria

Lafarge Malaysia Labur RM20 Juta Dalam Loji Pengelompokan Konkrit Baharu

Bradley Mulroney.

KUALA LUMPUR: Lafarge Malaysia Bhd, pemain utama dalam industri pembinaan di negara ini telah melabur RM20 juta dalam loji pengelompokan konkrit siap campur baharu di Jalan Chan Sow Lin, berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bradley Mulroney, berkata kira-kira RM10 juta dilaburkan dalam loji struktur manakala bakinya dalam trak dan perkhidmatan.

Loji pengelompokan itu adalah yang ketiga terbesar selepas dua lagi loji yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sepang. Syarikat itu mempunyai 35 loji konkrit di seluruh negara. 

Loji di Jalan Chan Sow Lin telah direka bentuk bagi menghasilkan penyelesaian konkrit yang inovatif, sangat teknikal dan khusus.

"Ia dilengkapi sistem pengelompokan automatik dan mampu menghasilkan 200 meter padu konkrit sejam.

"Ia loji tertutup dan dapat mengurangkan pelepasan habuk dan bunyi berbanding loji konvensional," kata Mulroney.

Menurutnya, disebabkan mesra alam sekitar, ia satu-satunya loji di Malaysia yang berupaya menebus semula sepenuhnya konkrit yang dipulangkan dengan memisahkan pasir, batu baur dan air, yang kemudiannya dikitar semula ke dalam proses pengelompokan.

"Ia dapat menyelesaikan isu pelupusan konkrit dan bahan buangan yang berlebihan," katanya.

lafarge, Bradley Mulroney

Artikel Lain