suria

Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Untuk Tahun Ke-9

Kuok kekal individu terkaya di Malaysia untuk tahun kesembilan.

SINGAPURA: Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut.

Menurut senarai terkini Orang Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya.

Kekayaan beliau berjumlah US$11.5 bilion, susut US$1 bilion berbanding tahun lepas.

Jutawan berusia 90 tahun itu membangunkan empayar perniagaannya yang meliputi sektor kelapa sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah.

Orang kedua paling kaya ialah Ananda Krishnan yang mengekalkan kedudukan itu dengan asetnya bernilai US$11.3 bilion, susut berbanding US$11.7 bilion sebelumnya.

Tokoh perniagaan berusia 75 tahun itu memiliki perniagaan seperti syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis, televisyen berbayar dan penjanaan tenaga.

Ia diikuti Lim Kok Thay yang mengurus Genting Group yang dilengkapi resort dan kasino di Bahamas, London, Singapura, Malaysia, Manila dan New York.

Jumlah minimum untuk layak disenarai ialah US$220 juta, meningkat berbanding US$145 juta tahun lepas.

Berikut ialah senarai penuh 10 orang paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok; US$11.5 bilion

2) Ananda Krishnan; US$11.3 bilion

3) Lim Kok Thay; US$6.5 bilion

4) Quek Leng Chan; US$6.4 bilion

5) Teh Hong Piow; US$5.6 bilion

6) Lee Shin Cheng; US$4.3 bilion

7) Syed Mokhtar AlBukhary; US$3.1 bilion

8) Yeoh Tiong Lay; US$2.7 bilion

9) Tiong Hiew King; US$1.8 bilion

10) Vincent Tan; US$1.6 bilion

Artikel Lain