Sapurakencana Lancar PSLV Kedua

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd melancarkan kapal sokongan pemasangan paip fleksibel (PLSV) keduanya, dibina khusus untuk perkhidmatan dengan syarikat Brazil, Petroleo Brasileiro (Petrobras), di Belanda.

Katanya Sapura Topazio itu, ditempah oleh Sapura Navegação Marítima, syarikat usaha sama antara SapuraKencana dan Seadrill Ltd berpengkalan di Brazil, adalah yang kedua dalam siri enam kapal luar pesisir bersepadu sepenuhnya.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kapal itu telah dinamakan dan dilancarkan pada 20 Feb lepas oleh Puan Sri Yazreen Yahya, isteri kepada Presiden SapuraKencana dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shahril Shamsuddin, dan dari limbungan kapal IHC Merwede, pembuat kapal Belanda di Krimpen aan den Ijssel.

Sapura Topazio, selepas penghantaran ini akan dipasang dan ditauliahkan sebelum menuju ke perairan Brazil untuk membangunkan lapangan minyak laut dalam sehingga 3,000 meter dengan kapal yang sama dengannya, Sapura Diamante.

Shahril berkata syarikat komited untuk menunaikan janjinya mengenai PLSV kepada Petrobras dan membina perkongsian yang lama dan berkekalan di Brazil.

 "Kami bersedia untuk berada di Brazil untuk tempoh yang lama dan kami percaya dengan perkongsian pengetahuan. 

 "Kami akan menggunakan peluang yang diberikan untuk beroperasi di Rio de Janeiro dan membantu membangunkan keupayaan tempatan," katanya.

Pada masa ini, Sapura Navegacao bersedia untuk memulakan operasi PLSV bagi Petrobras dan akan meningkatkan kekuatan pekerjanya di Brazil. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: sapurakencana , sapura , kencana , pslv , kapal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan