X Close

Ekin Belum Mahu Keluarga Tahu

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DEK minat yang mendalam dalam bidang peragaan sejak kecil lagi, mendorong Hajaratul Norashikin Baharuddin memberanikan diri hadir pada sesi fotografi Malaysian Top Muslimah Model. 

Bukan itu sahaja, kesungguhan anak bongsu daripada tujuh beradik ini terselah apabila dia sering membeli majalah fesyen semata-mata untuk mempelajari teknik dan gaya yang betul dalam bidang peragaan. 

Wajib memakai maskara setiap kali keluar rumah, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang lebih mesra dengan panggilan Ekin ini mengakui dia lebih yakin apabila memakai maskara sebagai pelengkap gaya. 

"Saya suka ikut mood bila berfesyen, apa yang penting saya sukakan sesuatu gaya yang ringkas dan pakaian yang selesa. 

"Saya juga tidak mempunyai jenama pilihan, sebaliknya apa yang cantik dan selesa di mata, saya akan pakai," katanya yang menceburi bidang peragaan selepas mendapat galakan kakaknya. 

Ekin meneruskan legasi kakaknya dalam bidang peragaan muslimah. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR.

Biarpun keluarga tidak mengetahui, dia sudah berjinak-jinak dalam bidang peragaan, Ekin mengakui belum bersedia untuk berkongsi rahsia itu dengan keluarganya. 

"Buat masa ini, hanya kakak saya yang keenam tahu saya sudah terlibat dalam bidang peragaan muslimah ini. Semuanya atas galakan dan sokongan dia yang juga seorang model, cuma sejak dia mendirikan rumah tangga dia kurang aktif," katanya yang ingin menyambung legasi kakaknya dalam bidang peragaan. 

Tidak menghadiri kelas formal dalam bidang peragaan, anak bongsu berusia 22 tahun yang baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat diploma ini mengakui banyak menonton rancangan fesyen di YouTube dan membaca majalah seperti Hijabista untuk memperbaiki gaya yang sesuai ketika sesi fotografi dijalankan. 

"Saya akui kali pertama terlibat dengan sesi fotografi memang saya gementar. Kadang-kadang kita sudah ada 'pose' yang sesuai untuk digayakan tapi bila sudah mula 'shooting' untuk sesi fotografi lain pula jadinya. 

"Namun untuk mereka yang ingin jadi model, anda perlu berani mencuba dan pada masa sama bidang ini boleh tambah pendapatan," katanya yang meminati model Atita Haris. 

Ditanya harapannya dalam pertandingan Malaysia Top Muslimah Model 2014, Ekin mengakui dia tidak meletakkan harapan yang tinggi, lebih elok ukur baju di badan sendiri namun dia berharap dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan itu nanti. 

"Ini kali pertama saya masuk pertandingan seperti ini. Saya tak ada 'target' buat masa sekarang. Yang penting sudah tersenarai sebagai Top 20 pun saya sudah bersyukur. 

"Pengalaman menyertai pertandingan ini berharga dan saya berharap ini menjadi batu loncatan untuk berjaya dalam bidang peragaan muslimah," katanya yang bercita-cita ingin membuka kedai aksesorinya sendiri satu hari nanti. 



Biodata

Nama: Hajarratul Norashikin Baharuddin

Umur: 22 tahun

Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang

Anak ke berapa: Anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik

Cita-cita: Menjadi seorang insan yang berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Juga berharap akan menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan disegani suatu hari nanti.

Hobi: Melancong, makan, melakukan sesuatu yang baru dan suka aktiviti yang mencabar.

Makanan kegemaran : tomyam, laksa, ikan pari asam pedas, ikan patin gulai tempoyak dan semua jenis pencuci mulut.

Rancangan kegemaran: suka rancangan komedi, santai, fesyen dan makanan.

Perkara tidak disukai: Janji tapi tak ditepati, cakap belakang, tidak senyum dan sombong.

Ciri lelaki pilihan: baik luar dan dalam, tinggi, senyuman manis dan nampak gigi, memahami dan terima diri ini seadanya.

Ekin

  • 1 of 6
  • Ekin1

  • Ekin2

  • Ekin3

  • Ekin4

  • Ekin5

  • Ekin6

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan