X Close

Fiza Sanggup Berhenti Kerja Untuk Jadi Model Sepenuh Masa

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GADIS tinggi lampai, kelahiran Melaka ini cukup mudah diajak berborak. Nyata pengalaman hampir empat tahun bergelar model banyak membantu Nor Hafizah Jamaluddin,  memperbaiki perwatakannya untuk menjadi peramah dan yakin kepada kebolehan diri sendiri.

"Masa belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM Melaka) pada 2010 saya suka ikut jurugambar bebas terlibat dengan sesi fotografi di luar, dan ketika itulah saya mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan secara tidak langsung. 

"Mereka inilah yang banyak mengajar saya teknik 'pose' yang betul ketika sesi fotografi, dan saya sangat berterima kasih kepada mereka," katanya kepada mStar Online di Mutiara Damansara baru-baru ini.

Fiza sanggup lepaskan kerjaya untuk kejar cita-cita dalam bidang peragaan. Foto RAYMOND OOI/THESTAR.

Hafizah yang lebih mesra disapa Fiza mengakui kenangan terpilih sebagai penghias muka depan majalah Dara.com dan ruangan fesyen untuk majalah Nona, Mingguan Wanita dan Hijab Fesyen memang sukar dilupakan. 


"Jika dahulu saya menceburi bidang peragaan untuk mencari duit poket kerana masih belajar namun kini tidak lagi, saya memang serius untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini dan sedang mencari peluang untuk terlibat secara sepenuh masa. 

"Sekiranya ada peluang saya bersedia untuk korbankan kerjaya ketika ini. Buat masa ini pun saya telah menerima tawaran, cuma masih belum buat keputusan lagi," katanya yang meminati model selebriti, Neelofa. 

Menceritakan pengalamannya, gadis berusia 22 tahun ini berkata, pada 2012 dia pernah menyertai sebuah model bagi sebuah showcase di Putrajaya, sebaik sahaja tamat program berkenaan dia mula mendapat tawaran untuk menjadi model sebuah butik pakaian dan tudung muslimah terkenal, Zawara. 


Justeru, dia berkata, peluang menyertai Model Muslimah Malaysia mStar dilihat sebagai batu loncatan untuk dirinya melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan muslimah. 

Fiza bertuah kerana mempunyai majikan yang memahami minatnya dalam bidang peragaan.

"Saya berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk pertandingan ini, ini lah peluang terbaik untuk saya pergi lebih jauh dalam dunia peragaan. 

"Apa pun nasihat saya untuk mereka yang ingin mencuba nasib dalam bidang peragaan, usah malu-malu, yang penting mereka perlu ada kenyakinan diri dan berani mencuba, nak jadi model tidak semestinya perlu tinggi lampai sahaja," katanya yang gemar gaya kasual dan feminin. 

Biarpun bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta, Fiza sangat bertuah kerana memiliki bos yang cukup memahami minatnya dalam bidang peragaan. 

"Kerja saya fleksibel, dan saya biasanya terima tawaran 'modelling' pada hujung minggu. Yang paling seronok, bos saya seorang yang memahami dan memberi galakkan. 

"Apa yang penting kalau ada tawaran pada hari bekerja saya akan maklumkan lebih awal kepada pihak majikan," katanya yang suka memakai selendang keluaran butik Zanrias.

Biodata

Nama: Nur Hafizah Jamaluddin 

Umur: 22 tahun

Tempat Lahir: Hospital Besar Melaka 

Adik-beradik: anak ketiga daripada empat beradik 
 
Cita: Ingin menjadi muslimah yang versatile, membuka perniagaan dengan jenama sendiri serta model yang berjaya.

Hobi: bidang peragaan, melancong dan perniagaan online.

Makanan kegemaran: masakan pedas 

Rancangan kegemaran: semua program realiti di televisyen 

Perkara tidak disukai: barang yang hilang dan kecuaian 

Ciri lelaki pilihan: individu yang bijak menyusun perkara yang penting serta keseimbangan antara dunia dan akhirat, bertanggungjawab serta sikap suka ambil berat.


Fiza

  • 1 of 7
  • Fiza1

  • Fiza2

  • Fiza3

  • Fiza4

  • Fiza5

  • Fiza6

  • Fiza7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan