X Close

Dari Sukan Hoki Ke Bidang Peragaan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASTI ramai yang tidak menyangka gadis manis sering menghabiskan masa berlatih di padang. 

Kini Fathih Hasni Che Hussain, 22, mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan kerana mendapat dorongan daripada rakannya sendiri. 

Mula bermain hoki sejak berusia 11 tahun anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga merupakan pemain hoki bagi Kuala Lumpur sehingga kini. 

Bagi Fathih sukan hoki sudah cukup sebati dengan dirinya sejak kecil namun kini dia ingin mencuba sesuatu yang baharu dengan terlibat dalam bidang peragaan muslimah. 

Fathih mula bermain hoki sejak berusia 11 tahun. - Foto MOHAMAD SHAHRIL ROSLI/THESTAR. 

Pada mulanya dia seakan tidak percaya apabila namanya tersenarai sebagai finalis Model Muslimah Malaysia mStar, namun dia mengakui sedikit bimbang kerana saingan yang lain lebih hebat dan berpengalaman daripadanya. 


Namun dia janji akan memberikan persembahan sebaik untuk ke peringkat seterusnya.

"Memang saya seronok dan tidak sangka terpilih. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya, saya akan buat yang terbaik. 

"Lagi pun saya menceburi bidang peragaan ini untuk tambah duit poket," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Fathih jatuh cinta kepada bidang peragaan selepas menghadiri 'casting' kali pertama. 


Menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia lebih menggemari gaya pakaian yang ringkas namun dia pasti akan mengenakan maskara dan bedak kompak apabila keluar rumah. 

"Saya seorang yang simple dan suka 'mix and match' dalam berfesyen, namun apa yang penting, saya akan memakai pakaian ikut kesesuaian majlis yang dihadiri," katanya yang sangat suka membuat kek. 

Pemegang Diploma Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), mengakui keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya terutama ibunya. 

"Pada mulanya ibu memang terkejut, sebab selama ini saya banyak habiskan main hoki di padang. Namun kini, dialah yang banyak memberikan dorongan kepada saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan," katanya yang meminati gaya dan fesyen yang digayakan oleh, Hana Tajima. 



Biodata

Nama: Fathih Hasni binti Che Husain

Umur: 22 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Adik beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik

Cita-cita: Ahli perniagaan berjaya 

Hobi: Bersukan, membeli belah, membuat kek dan bermain air. 

Makanan kegemaran: Pasta, laksa, hotel's breakfast

Rancangan kegemaran: Asian Food Channel (AFC), Barbie

Perkara tidak disukai: Menunggu, binatang(lipas, kumbang), kena bebel

Ciri lelaki pilihan: Soleh, dapat bimbing ke syurga, ada duit, memahami, saya 'api' dia mesti 'air'. 


Fathih

  • 1 of 7
  • Fathih1

  • Fathih2

  • Fathih3

  • Fathih4

  • Fathih5

  • Fathih6

  • Fathih7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan